POWER OIL AND GAS

Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli Rumah

 
Alhamdulillah, setelah 3 kali mencuba barulah permohonan Jamal untuk mengeluarkan wang KWSP dari akaun 2 untuk membeli rumah diterima oleh pihak KWSP. 2 kali percubaan sebelum nie tak berjaya disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap dan bermasalah. Jadi kepada sesiapa yang nak mohon pengeluaran wang KWSP nie kenalah pastikan dokumen korang semua dah lengkap sebab kalau tidak nanti rugi je pergi pejabar KWSP dan tak berjaya. Lagi sedih kalau korang ambil cuti semata-mata nak uruskan pengeluaran wang KWSP nie kemudian kena tolak.

Masa pergi jumpa pegawai KWSP tue, Jamal sempat jugalah bertanya berapa banyak jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan dari akaun 2 KWSP kita. Jadi pegawai tue pun terangkan cara kiraan dan contoh seperti dibawah nie.

Harga Rumah : RM200,000
Pinjaman Rumah : RM180,000

Jumlah Maksimum dari Akuan 2 yang boleh dikeluarkan = (Harga Rumah + 10%) - Pinjaman Perumahan
= (200,000 + 20,000) - 180,000
= 40,000

Berdasarkan contoh pengiraan diatas tue, jika korang beli rumah yang berharga RM200,000 dengan pinjaman bank sebanyak 90% (RM180,000), jumlah maksimum yang boleh korang keluarkan dari akaun 2 KWSP ialah sebanyak RM40,000.

Permohonan pengeluaran wang KWSP Jamal dah dalam proses, mungkin dalam seminggu dua lagi dapat la duit tue. Boleh la pakai untuk beli barang-barang rumah baru nanti.




pengeluaran kwsp, pengeluaran rumah kwsp, beli rumah dengan duit kwsp, pengeluaran beli rumah kwsp, pengeluaran membeli rumah kwsp

11 comments:

azri johan said...

bestnya beli rumah ;D hee

Jamaluddin Abu Bakar said...

Alhamdulillah dah pindah ke rumah baru. Memang best ada rumah sendiri, nak buat apa pun xde orang nak marah..hehe

Spudin said...

dapat beli rumah ..ok la tuh :D

myebutterfly said...

Ape name apartment yg ko bli tu?ade kosong lg ke?huhuhu...

iena said...

Tahniah en Jamal. Dah ada kete pastu rumah pulak.Orang rumah dh ada ke?

Jamaluddin Abu Bakar said...

Spudin: Alhamdulillah rezeki..:-)

myebutterfly: Apartment Permai Seri, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang. Susah nak cari unit yang orang nak jual. Kalau ada pun cepat je dah kena jual nanti.

iena: Thanks iena, InsyaAllah kalau ada jodoh nanti kawin la. Cuma untuk kawin tue kena kumpul duit balik la, sebab semua saving dah abes nie.

thomas said...

Tahniahlah, dapat rumah baru,
nak dapat duit KWSP memang mcm tu,semua mesti tip top.

cikgu siti hazreen said...

hmmm tgh tunggu bila boleh keluarkan kwsp...

donnyien said...

Tahniah bro, tumpang gembira sekali..

Jamaluddin Abu Bakar said...

Thanks semua..:-)

shira majid said...

bila boleh apply kuarkan kwsp tu ye? apa document yg kene bawa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...